Video ‘Mat Negro’ Dibelasah Mat Motor Di Jalan Kuching Viral Di Internet

Kuala Lumpur – Sebuah video warga Afrika dipukul oleh orang awam di Jalan Kuching dipercayai dimuat naik di laman sosial sejak dua hari lalu.

Difahamkan, video tersebut mencatat jumlah tontonan lebih 80,000 kali dan dimuat naik oleh seorang pengguna sosial, Kimrie Syahierah Vamps II yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki Afrika itu dipercayai melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu.

“Negro tu langar kereta budak melayu then budak melayu tu nak settle cara baik.. tak sempat budak tu nak talk negro ni tumbuk budak melayu ni. Dan geng-geng motor nampak dan kejar sampai ke seberang jalan lalu pukul beramai-ramai.

“Saya ada di lokasi berkenaan pada pukul 1.10 petang. Sekian,” katanya dengan tajuk video berjudul ‘Mat Negro dipukul orang ramai di Jalan Kuching’.

Maklum balas daripada orang awam ternyata kurang senang dengan kejadian tersebut walaupun lebih 1,100 pautan video ini dikongsi pengguna.

Majoriti menghamburkan kata-kata kesat terhadap warga Afrika sambil melahirkan rasa tidak puas hati mereka setelah menonton video yang berdurasi tiga minit 16 saat ini.

Sebaliknya, ada juga yang turut bersimpati antaranya komen dari SirGoodwin Rothschild yang berkata: ”Orang kulit hitam ni memang ada banyak masalah dan bawa banyak hal. Hati-hati dengan orang kulit hitam tetapi ada juga di kalangan mereka yang baik.”

Manakala Aris Azhar berkata: “Pernah ke terfikir sebab apa ada ramai ‘negro’ dalam negara ni? Korang tau orang kulit hitam ni penjenayah, perogol, itu la, ini la, yang buruk-buruk semuanya. Dasarnya, negara Malaysia yang banyak peluang pekerjaan tapi penduduk negara sendiri malas nak bekerja, nak duduk office besar gaji sedap-sedap, susah sikit nak merungut. Korang tau ke ‘negro’ yg korang buruk-burukkan ni hidup susah ke senang di negara sendiri? Korang suka kalau korang nak pergi cari rezeki dekat negara orang lepastu kena pandang rendah, kena caci, kena stereotype? Suka kalau jadi subjek isu perkauman? Kalau kaum cina, india atau yang lain di Malaysia bangkitkan isu perkauman, bukan main lagi orang melayu naik angin , tapi korang tak sedar korang sendiri pun buat benda yang sama. So, renung-renungkan lah. Jangan ingat kita ni bagus sangat,” ujarnya.

Nurazlan Ngadi pula berkata: “ko fikir budak-budak tu pukul suka-suka je ke? bersepah negro kat KL tp takde pulak aku dengar tiap hari kene pukul. Dia orang kalo buat hal je jadi camni..ni takda kene mengene isu perkauman la,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.