Tesis Ciplak: Universiti Antarabangsa Serah Laporan Plagiat Untuk Tindakan Undang-Undang

Kuala Lumpur – Beberapa universiti luar negara dilaporkan sedang menyiasat laporan berhubung isu ‘tesis ciplak’ yang dikaitkan dengan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Menurut kiriman email yang dihantar kepada SuaraTV sebentar tadi antara yang terlibat ialah Universiti Cambridge yang dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menyerahkan kepada Jabatan Perundangan untuk diteliti dan tindakan susulan.

Manakala menurut pensyarah Universiti New Castle, Dr. Rama Venkatasawmy hasil penelitian yang diakukan, beliau percaya penulisan tesis Abu Hassan itu telah menciplak kandungan tesis yang ditulis olehnya dua puluh tahun lalu.

Selain daripada itu Universiti Amsterdam turut dilaporkan sedang menyiasat mengenai dakwaan tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan perundangan.

Menurut email dan perbualan telefon bersama kakitangan akademik UMK, SuaraTV dimaklumkan pihak Universiti Amsterdam mendapati terdapat hampir seratus kandungan yang telah diplagiat dalam penulisan tesis tersebut.

“Mereka sedang menyiasat kandungan tesis tersebut dan akan menyerahkan kepada pihak perundangan universiti untuk tindakan susulan” ujar kakitangan tersebut yang enggan mendedahkan identitinya.

Beliau turut mengakui bertanggungjawab menghantar maklumat yang berkaitan kepada semua universiti yang terlibat itu.

Abu Hassan sebelum ini berdepan dengan tuduhan plagiat apabila seorang pensyarah di universiti yang sama tampil membuat laporan polis pada 1 November lalu di Balai Polis Bachok, Kelantan.

Di dalam laporan polis tersebut, persyarah terbabit mendakwa menemui bukti yang menunjukkan tesis Abu Hassan tidak sah untuk penilaian akademik kerana telah ‘diciplak’ dari sebuah buku yang ditulis oleh Viola Shafik bertajuk ‘Arab Cinema History And Cultural Identity’.

Abu Hassan ketika dihubungi sebelum ini berkata terkejut dengan semua dakwaan tersebut dan akan merujuk kembali dengan pihak Universiti Vienna untuk pengesahan.

Manakala UMK menafikan perkara itu sambil menyifatkan ia merupakan salah faham di kalangan ahli akademik universiti berkenaan.

One thought on “Tesis Ciplak: Universiti Antarabangsa Serah Laporan Plagiat Untuk Tindakan Undang-Undang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.