Kahwin Bawah Umur: Sister In Islam Puji Masjli Fatwa

Kuala Lumpur – Pengurus Program Sisters In Islam, Suri Kempe memuji Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia atas fatwa baru yang dikeluarkan mengenai perkahwinan bawah umur.

Menurut Jawatankuasa itu, perkahwinan bawah umur tidak wajib atau bukan sunnah dan hanya akan dibenarkan sekiranya ia memberi manfaat kepada kebajikan kanak-kanak berkenaan.

“Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akhirnya mengeluarkan fatwa mengenai perkahwinan bawah umur,” tulis Suri dan menambah perkataan ‘lebih kurang’ dalam laman Facebook peribadinya.

Namun begitu, dia menambah ada beberapa persoalan lain timbul.

“Bagaimana ia akan diterjemahkan di dalam mahkamah syariah? Adakah hakim terpaksa memanggil pakar?

“Apakah maksud kemaslahatan kanak-kanak secara syarie? Dan bagaimana iaberbeza maksudnya dengan atas kebajikan kanak-kanak itu secara amnya?

“Atas apa keadaankah perkahwinan bawah umur ini memberi manfaat kepada kanak-kanak itu? Apa perlindungan yang dapat diberikan melalui perkahwinan yang tidak dapat dikecapi oleh kanak-kanak di bawah undang-undang kerajaan?” tanya Suri.

Jawatankuasa mendedahkan kajian Universiti Teknologi Malaysia yang mendapati perkahwinan kanak-kanak di Malaysia adalah sebagai melindungi gadis itu daripada mengandung anak luar nikah.

Kajian juga mendapati pakar kesihatan dan psikologi mengesahkan pasangan wanita mengalami masalah kesihatan fizikal dan mental akibat perkahwinan bawah umur.

Jawatankuasa itu turut berkata pihak berkuasa berkenaan perlu mengetatkan lagi syarat perkahwinan bawah umur untuk memastikan perlaksanaan dilakukan mengikut prosedur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.