Gara-Gara Curi Susu Dan Kicap, Ibu Dipenjara Enam Hari

Melaka – Gara-gara mencuri dua bungkus susu tepung Dutch Baby Step 1 serta dua botol kicap cap Kipas Udang di sebuah pasaraya, seorang ibu yang mempunyai enam anak dipenjara enam hari dan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Hukuman tersebut diputuskan Majistret, Norina Maludin terhadap Rasmah Joles, 40, dari Tanjung Minyak yang mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Selain susu dan kicap, tertuduh juga didakwa mencuri barangan lain iaitu empat batang pensil mekanikal jenama Pilot, serbuk minuman Super Power dan Tongkat Ali, ubat gigi Colgate dan Scoth Brite.

Tertuduh didakwa mencuri semua barangan bernilai RM138.20 milik Pasaraya Giant di Jalan Tun Fatimah Bachang, kira-kira jam 9.30 malam pada 26 November 2014.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.