Dr Mahathir Silap ‘Beri Muka’ Kepada Komunis?

Kuala Lumpur – Usaha sekumpulan Cina untuk meneruskan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) berpunca daripada kesilapan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Malaysia berpeluang menghapuskan komunis seperti mana yang dikehendaki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika itu tanpa mendapat kutukan dunia.

Bagaimanapun, kata Zainuddin, Tun M memilih untuk mengadakan Perjanjian Perdamaian antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan Thailand yang dianggap seperti penyerahan diri parti itu.

“Ini berlaku dengan persetujuan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir untuk menjaga maruah PKM kerana mahukan wang memburu sakit baki pengganas komunis dibelanjakan untuk pembangunan rakyat.

“Ini adalah atas rayuan PKM walaupun tentera dan polis berupaya mengkebumikan mereka dengan mudah berikutan dengan keruntuhan fahaman komunis di seluruh dunia,” kata Zainuddin menerusi kiriman terbaru di blognya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penganjuran majlis makan malam mengenang perajurit PKM dan beberapa tindakan lain sekumpulan Cina yang mahu menghidupkan semula keazaman perjuangan PKM yang dijuarai oleh mendiang, Chin Peng.

Dalam penulisannya, Zainuddin berasa pelik dengan perubahan fikiran sebahagian orang Cina yang mahu menonjolkan diri sebagai keturunan jahat.

“Mereka menjadi berani dan agresif apabila melihat kemajuan cauvinisme Cina yang diperjuangkan oleh DAP.

“Tanpa sedar ramai orang Cina yang bersama dalam perjuangan cauvinisme Cina yang matlamat perjuangan mereka adalah untuk menidakkan Raja-Raja Melayu serta mahukan persamaan hak dengan orang Melayu yang berteraskan semangat Komentang (Taiwan) dan semangat Republik Rakyat Cina.

“Anasir-anasir komunis yang masih cuba untuk bangun mahukan perjuangan ibu bapa atau datuk nenek mereka diiktiraf sebagai sumbangan kepada kemerdekaan Malaya,” ujarnya.

Zainuddin menyifatkan kesilapan Tun Mahathir ini sama seperti yang dilakukan ketika membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO yang menyebabkan perpaduan Melayu dan keharmonian negara tergugat sehingga kini.

“Bagaimanapun kemanusiaan kita membolehkan kita berhadapan dengan masalah kebinatangan manusia hingga sekarang.

“Binatang sepatutnya dilayan sebagai binatang. Kita selalu terlupa tidak ada manusia  dalam masyarakat binatang tetapi ada binatang dalam masyarakat manusia.

Inilah kesilapan kita dalam menyelamatkan air muka PKM,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.