Malaysia Serah Pengganas Indonesia

JAKARTA 3 Dis. – Seorang anggota militan yang melarikan diri semasa kejadian rusuhan di sebuah penjara di barat Indonesia, ditangkap semula di Malaysia dan diserahkan kepada pihak berkuasa negara ini.

Jurucakap polis Indonesia, Agus Rianto hari ini berkata, militan terbabit, Fadli Sadama merupakan seorang daripada 200 banduan yang melarikan diri dari penjara Tanjung Gusta, Medan, Sumatera pada Julai lalu, selepas satu rusuhan tercetus sehingga menyebabkan lima orang terbunuh.

Rianto berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditangkap beberapa hari lalu dan penahanannya menjadikan kesemua empat pengganas yang diburu selepas meloloskan diri dalam kejadian rusuhan, berjaya ditangkap semula.

“Fadli ditahan selepas satu operasi bersama dilancarkan oleh polis Malaysia dan Indonesia.

“Dia kini berada di Indonesia dan masih disoal siasat sama ada terlibat dalam kejadian rusuhan di penjara Tanjung Gusta,” katanya.

Bagaimana tiada butiran lanjut diberikan tentang lokasi dan waktu sebenar Fadli ditahan dalam operasi berkenaan.

Fadli menjalani hukuman 11 tahun penjara sejak 2011 di bawah undang-undang antikeganasan ke rana merompak beberapa buah bank untuk membiayai aktiviti keganasan termasuk kes pembunuhan seorang anggota polis pada 2010.

Unit antipengganas Indonesia mendakwa Fadli mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah di selatan Thailand, Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dan utusan kepada pembuat bom dari kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah, Noordin Mat Top, yang ditembak mati oleh polis republik ini pada 2009. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.