Video: Jenazah Kanak-Kanak Masih Sempurna Walaupun Sudah Dua Tahun Dikebumikan

Perkongsian video yang memaparkan mayat seorang kanak-kanak yang tidak reput dan masih memiliki wajah yang sempurna walaupun dipercayai sudah dua tahun dikebumikan membuatkan netizen kagum dengan kebesaran ALLAH.

Jenazah dalam video yang tidak dapat dipastikan sumbernya dikatakan masih cantik seperti baru meninggal dunia malah kain kapan juga masih baik cuma sedikit kotor terkena tanah.

Video yang berdurasi 3 minit 28 saat itu dikongsi oleh pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim di Facebooknya menunjukkan beberapa lelaki menggali semula sebuah kubur dan mereka dapati jenazah di dalamnya tidak langsung dimamah bumi.

Wajah jenazah seakan-akan tidur itu membuatkan individu yang menggali kubur tersebut tergamam dengan kebesaran ALLAH.

Ashraf turut memuat naik status pada video yang dikongsinya memberitahu “ALLAHUAKBAR, video ini memang terkesan buatku. Rasa cemburu dengan jenazah adik ini.

“Ya ALLAH, tolonglah aku untukku menjaga solat lima waktu setiap hari dan kuatkan imanku ini, matikanlah aku dalam keadaan yang dimulia olehMu dan tempatkanku bersama mereka yang beriman sewaktu ku di alam barzakMu. Amin,” tulisnya.

Perkongsian video itu tular di media sosial kini meraih lebih 9,000 perkongsian dan rata-rata netizen kagum dengan kebesaran ALLAH dan menjadi pedoman kepada diri mereka untuk melakukan amal kebaikan. Rosle Lee menulis,

“Lihatlah, wahai sahabat betapa besarnya kuasa ALLAH SWT. Marilah kita semua sedekahkan al-Fatihah buat arwah yang telah dipelihara jenazah. Al-Fatihah. Amin.”

“Assalamualaikum.. Alhamdulillah jazakallahukhairan Tuan. Terima kasih banyak banyak tuan satu perkongsian ilmu yang bermanfaat,” kata Mohd Ariff di ruangan komen. – Sinar

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.