Rafizi Dakwa Diserang, Dipukul Semasa Tinjau Pemilihan PKR Di Sabah
KENINGAU – Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa diserang dan dipukul di bahagian kepada oleh seorang lelaki ketika hadir meninjau proses pemilihan parti di Cabang Keningau petang tadi.
Rafizi seperti dilaporkan media berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 petang dan turut disaksikan oleh orang ramai serta anggota polis yang berkawal.
Beliau bagaimanapun memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Superintenden Lee Nyuk Kim ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata pihak polis sedang mengendalikan perkara itu.
“Saya urus dulu nanti saya akan memberitahu kepada anda (media) selepas ini,” katanya ringkas. – UTUSAN
Pingback:Rafiz Dakwa Diserang, Dipukul Semasa Tinjau Pemilihan PKR Di Sabah | Malaysia Updates News Portal