Pergaduhan Pemandu & Penumpang Punca Bas Terjunam

KUALA LUMPUR – Akibat pertengkaran di antara pemandu dan seorang penumpang, sebuah bas terjunam ke dalam sungai di barat daya China.

Kemalangan itu mengakibatkan 13 daripada 15 penumpang bas itu maut.

Satu video dari kamera pengawasan bas terbabit yang berdurasi 8 saat menunjukkan kedua-dua mereka bergaduh sebelum bas terbabit terbabas ke laluan bertentangan dan terjunam ke dalam Sungai Yangtze.

Menurut polis, punca pertengkaran adalah apabila penumpang wanita mendesak bas dihentikan kerana terlepas perhentian sebelumnya.

Akibat pergaduhan yang mengakibatkan pemandu itu hilang kawalan, bas tersebut bertembung dengan kereta yang datang dari arah berlawanan sebelum menghentam tembok dan terjunam ke dalam sungai pada Ahad lalu.

Pasukan penyelamat berjaya menjumpai bangkai bas pada malam Rabu.

Dilaporkan dua lagi mangsa daripada 13 mayat yang ditemui tidak dijumpai.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.