Najib: “Selagi Anda Bersama Saya, Saya Akan Teruskan Perjuangan”

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan terus setia bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) walaupun diasak dari segenap sudut, termasuk didakwa di mahkamah. 

Mantan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan terus bertahan dan tidak akan sesekali ‘melompat’ keluar parti hanya kerana diasak dengan pelbagai pendakwaan ketika ini.

“Kita bukan saja bagi dia (Pakatan Harapan) kuasa, tapi kita beri dia pisau. Maknanya ikut dia lah nak dakwa siapa, tangkap siapa…kuasa ada dalam tangan dia.. rakyat yang bagi pisau pada dia, lepas itu kita kata dia salahguna kuasa.

“Apa nak buat, boleh tahan, bertahanlah. Tak boleh bertahan, lompat atau terjun masuk Bersatu (PPBM). Yang mana tahan, kekal dalam UMNO, yang tak tahan terjun tengah malam. Ada dua pilihan saja. Tapi Insya-Allah saya akan terus pertahankan UMNO.

“Selagi tuan-tuan bersama saya, saya tak akan patah semangat, saya akan teruskan perjuangan ini,” katanya dalam dialog santai bersama penyokongnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Kira-kira 300 orang penyokong hadir dalam program tersebut. 

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil; Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Nor Adam dan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim.

Dalam pada itu Najib berkata, beliau juga tidak berhasrat untuk menubuhkan parti baharu seperti yang dilakukan pemimpin terdahulu.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian kerana UMNO dan BN adalah sebati sebagai darah dagingnya. 

“Darah daging saya UMNO dan BN. Kalau benam saya dalam air, angkat saya sepuluh kali pun, saya akan kata UMNO dan BN lagi. Jadi saya tak bercadang buka parti baru. Kita mesti selamatkan UMNO dan BN sebab tak ada apa-apa yang salah pada UMNO dan BN. 

“Kita kalah kerana penipuan, kita kalah kepada fitnah, dan kita kalah kepada janji-janji palsu. Sebab dia (Pakatan Harapan) telah mainkan kepala pengundi, orang muda kena kencing, rakyat kena kencing, pemandu teksi kena kencing, pegawai kerajaan kena kencing….semua. 

“Bila jadi macam itu, mereka tak nampak kebaikan UMNO BN. Selepas 9 mei, baru mereka (rakyat) sedar,” katanya lagi. -SuaraTv

3 thoughts on “Najib: “Selagi Anda Bersama Saya, Saya Akan Teruskan Perjuangan”

  • November 4, 2018 at 12:26 am
    Permalink

    Bersama apa nya?? Rasuah ?? Usah layan..!! Buang parti korup yg junam masuk gaung?? Nyah terus pilih PH…. tk guna punya manusia korup??

    Reply
  • November 4, 2018 at 12:28 am
    Permalink

    Lepas ni ke dalam…. kotor …rosak teruk??? PH sejuta kali baik!!!! Tk rasuah??

    Reply
  • November 4, 2018 at 11:35 am
    Permalink

    Tk usah mimpi nk sokong?? Tk guna bloodyful stupid?? Perompak penipu penyamun penyangak..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.