“Kita Kalah Kerana 1MDB”, KJ Tempelak Najib

SHAH ALAM – Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak Datuk Seri Najib Razak susulan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang mengatakan punca kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH) sehingga rakyat terpedaya.

Menulis di Twitter beliau, Khairy berkata, punca kekalahan UMNO-BN adalah disebabkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“We lost because of 1MDB. The End” (Kita kalah sebab 1MDB. Tamat.)

 

Khairy turut berkongsi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Sun Daily mengenai kenyataan Najib itu di dalam tweet tersebut.

Tweet tersebut turut menerima maklum balas netizen yang rata-ratanya menyokong kenyataan Ahli Parlimen Rembau itu.

Sehingga jam 9.30 malam ini, tweet tersebut diulang kicau (retweet) lebih 10,000 oleh netizen.

Terdahulu, Najib membuat kenyataan itu pada Sesi Dialog Sembang Santai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebooknya.

“Kita mesti selamatkan UMNO dan BN sebab tak ada apa-apa yang salah pada UMNO dan BN.

“Kita kalah kerana penipuan, kita kalah kepada fitnah, dan kita kalah kepada janji-janji palsu. Sebab dia (Pakatan Harapan) telah mainkan kepala pengundi, orang muda kena kencing, rakyat kena kencing, pemandu teksi kena kencing, pegawai kerajaan kena kencing….semua,” demikian petikan kata Najib ketika program tersebut. -SuaraTv

4 thoughts on ““Kita Kalah Kerana 1MDB”, KJ Tempelak Najib

  • November 4, 2018 at 12:23 am
    Permalink

    Najib..najib..oi.. akui lah 1mdb..adalah komplot rasuah korang2 semua!! Akui lah skandal kotor rasuah..! Berapa tahun nk elak tepis? 30tahun? 50tahun ke? Ngaku je korupsi2 tu?? Kau kuncu2..kroni2… jujur lah sbgai org islam …punca kalah sbb rakyat tk percaya lagi..mual muntah muak jijik korup..! Rakyat pilih kau ..kau rompak duit??? Tlde hati perut..perasaan …angkuh takbur bongkak khianat sombong bodoh..!!! Akan di cekup kuncu2 kau…tnggu..!! 1mdb..terlampau kotor busuk jijik najis rosak?? Smga terbukti apa yg kau salah!!!! Rakyat mahu tengok buat salah.. hukuman seberat2 nya… semua2 yg terlibat skandal rasuah???? Jgn nk cuba2 salahkan org lain salahnya dkau?? Pm najib.1mb pengerusi najib menteri kewangan najib….
    Khianat …pd dymm agong negara rakyat???

    Reply
  • November 4, 2018 at 6:22 am
    Permalink

    MasyaAllah.. Allah dah beri ruang masa dan umur untuk muhasabah diri dan menginsafi diri…. Gunakanlah sebaiknya… Ingatlah hidup kita semua bakal berakhir juga dan menghadapi pengadilan di pada mahsyar nanti… Cukup2lah menegakkan kesombongan dan ego diri…

    Reply
  • Pingback:“Kita Kalah Kerana 1MDB”, KJ Tempelak Najib | Malaysia Updates News Portal

  • November 4, 2018 at 11:19 am
    Permalink

    KJ..siapa yg angkat ko utk menjadi menteri KBS? Siapa yg mempertahankn ko semasa d serang oleh Madey dn pembangkang dulu? Aper cerita budak tingkat 4 dulu? Jgn jd kelompok melayu mudah lupa..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.