Ingin Anak Lelaki, Bapa Bayi Perempuannya

KUALA LUMPUR – Terlalu menginkan anak lelaki, seorang bapa tergamak membuang anak perempuannya yang baharu dilahirkan selepas melarikannya daripada hospital.

Bapa kejam itu membuang anaknya di kawasan bukit di Magui, Guangdong, China.

Menurut pihak hospital berkenaan, bayi itu dilaporkan hilang beberapa jam selepas dia dilahirkan. Polis segera menjalankan siasatan dan mendapati bapa bayi itu, Li Mou, berada dalam keadaan mencurigakan.

Selepas disoal siasat, Li mengaku telah menculik anaknya menggunakan bag pada jam satu pagi sebelum membawa mangsa keluar dari hospital. Li juga membuang beg itu di kawasan bukit.

Dalam gerakan mencari yang diketuai polis, Li membawa mereka ke tempat kejadian pada jam 11 pgai, tetapi polis tidak dapat menemui beg dan bayi berkenaan.

Beberapa orang awam juga menyertai usaha mencari bayi itu selepas berita mengenainya tersebar meluas.

Sekitar jam 1 tengah hari, pasukan mencari dan menyelamat itu terdengar suara tangisan bayi berdekatan dan menemuinya dalam sebuah beg kulit (ular) dalam keadaan masih dibalut dengan selimut.

Dia berusaha melupuskan mangsa agar dia boleh mencuba lagi untuk mendapatkan anak lelaki.

Mangsa selamat dihantar semula kepada ibunya selepas menjalani pemeriksaan di hospital. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.