Indonesia Kecam Hukuman Mati Warganya oleh Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Rakyat Indonesia mengecam tindakan kerajaan Arab Saudi yang menjatuhkan hukuman mati terhadap warganya yang bekerja di negara itu, Tuti Tursilawati, tanpa memaklumkan kepada Kerajaan Indonesia terlebih dahulu.

Tursilawati terdahulu dijatuhkan hukuman mati pada 2011 kerana didakwa membunuh majikannya.

Ibu kepada dua orang anak itu mendakwa berbuat demikian untuk mempertahankan diri daripada majikan yang mahu mencabulnya.

Perlaksanaan hukuman itu dilakukan pada 29 Oktober lalu di bandar Ta’if, Arab Saudi.

Sementara itu, Presiden Indonesia Joko Widodo menuntut penjelasan dari Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, mengapa Jakarta tidak dimaklumkan mengenai perancangan mereka untuk melaksanakan hukuman itu terhadap Tursilawati.

“Kami telah menghubungi menteri luar Arab Saudi dan menyatakan protest kami,” kata Jokowi yang disampaikan oleh setiausaha kabinetnya.

Kes Tursilawati dijatuhkan hukuman mati adalah kes keempat dalam tempoh tiga tahun di mana Kerajaan Arab Saudi gagal memaklumkan kepada Jakarta sebelum melaksanakan hukuman tersebut dan jumlah keseluruhan warga Indonesia (pekerja) dihukum mati di bawah undang-undang negara itu adalah 18 orang.

Isu ini mendapat perhatian rakyat Indonesia di laman Twitter, ada yang menyerang kerajaan Arab Saudi sewenangnya menjalankan hukuman mati tanpa memberikan informasi lengkap kepada Indonesia.

Sebaliknya ada juga yang mahu kerajaan Indonesia membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan, sama ada tidak menerima notis pemberitahuan atau sebaliknya.

“Banyak kes sudah di mana pekerja daripada indonesia berhadapan dengan serangan seksual majikan tapi kerajaan Saudi tidak pernah untuk cuba menangani isu ini dan tidak tahu kenapa mereka tidak hormati wanita,” kata MrWahid96.

“Saudi sudah berulang kali melakukan eksekusi tanpa ada notifikasi. pernah terjadi ketika jaman pak SBY juga. Ini juga harus jadi catatan pemerintah kita supaya lebih memperhatikan hal” seperti ini,” menurut Panji Widy Masdeka

“Pastikan dulu, min, bener2 tdk ada notice kepada pemerintah atau sebenarnya ada notice tp pemerintah kita yg lalai. Tabayyun dulu, soalnya setahu sy pemerintah KSA itu disiplin dlm menjaga hubungan dg luar negeri,” kata Nine-O.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.