Ditanya Dakwaan Belanjawan 2019 Tiruan, Tun M Jawab Tentang Hutang

SHAH ALAM – Pembentangan Belanjawan 2019 semalam oleh Pakatan Harapan yang baharu mengambil alih tampuk pemerintahan sejak 9 Mei yang lalu dianggap oleh parti pembangkang sebagai bajet yang ditiru daripada Barisan Nasional (BN).

Tidak menjawab secara langsung sebaliknya  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kembali namun menyentuh kembali isu hutang negara yang disifatkannya disebabkan oleh BN sebelum ini.

“Kita tidak mempunyai hutang berbillion-billion,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Hidup Aktif (Walk) di Setia City Park, Setia Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang semalam yang menyifatkan Bajet 2019 kerajaan Pakatan Harapan (PH) menciplak apa-apa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Tun M selain itu menafikan belanjawan tahun depan meminggirkan negeri di pantai timur sebaliknya berkata kerajaan merangka banyak program untuk Kelantan dan Terengganu.

“Kita sudah ada program, kita akan bayar duit kepada Kelantan,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hampir tiada projek besar diyatakan dalam Belanjawan 2019 sebagai pemangkin kepada pembangunan wilayah Pantai Timur

Dalam pada itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan PH tidak memenuhi janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 lalu dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng termasuk janji untuk menghapuskan tol.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, walaupun kerajaan mengumumkan beberapa subsidi, namun ia tidak memadai dengan janji kepada rakyat yang dibuat ketika pilihan raya Mei lepas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula menyifatkan belanjawan pertama PH tidak memberikan “titik sentuhan” kepada rakyat.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.