Belanjawan 2019 Tak Banyak Titik Sentuhan Untuk Rakyat – KJ

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan tidak mengandungi banyak ‘titik sentuhan’ (touch point) untuk rakyat sungguhpun ia lebih besar berbanding belanjawan tahun lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan Barisan Nasional (BN) itu memberi contoh nilai pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) yang jauh lebih rendah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Walaupun bajet ni lebih besar berbanding tahun lalu, tidak banyak ‘touch point’ (titik sentuhan) untuk rakyat.

“BR1M kalau BN menang hari itu, kita janjikan RM2,000. Ini paling banyak pun dia terima RM1,450 (BSH) di bawah formula yang baharu.

“Jadi banyak touch point yang tak diumum hari ini atau langsung tidak ada,” katanya.

Ujarnya juga, Belanjawan 2019 oleh kerajaan berbeza dengan dokumen Inisiatif Rakyat BN yang menyentuh semua segmen tanpa meminggirkan golongan tertentu.

“Saya tidak nafikan ada beberapa pengumuman baik yang dibuat.

“Bagaimanapun, ada tiga perkara utama yang ketara iaitu satu, tidak ada pengumuman dan strategi besar merancakkan pertumbuhan ekonomi.

“Kedua, banyak benda disambung daripada BN atau diumum semula. 

“Ketiga, tidak cukup titik sentuhan untuk rakyat nikmati pada belanjawan kali ini,” katanya lagi. -SuaraTv 

One thought on “Belanjawan 2019 Tak Banyak Titik Sentuhan Untuk Rakyat – KJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.