Anak Muntah, Sesak Nafas Angkara Susu Kultur?

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan sesak nafas dan muntah hampir 10 kali selepas minum susu kultur demikian luahan ibunya NrFarraaina Pasli di laman sosial.

Menurutnya, selain muntah berterusan suara anak perempuannya juga semakin serak.

“Hari ini, terjadi pada anak sendiri. Selepas minum dalam jam 10 pagi lebih kurang, dalam jam 2 petang, dia mula muntah. Di rumah, dia muntah sebanyak enam kali. Selepas itu saya perasan suara dia menjadi serak.

“Saya bagi dia makan ubat sebab takut dia nak demam. Bila periksa tarikh luput minuman itu, okey saja. Kali kelima dia muntah macam tak lepas nak bernafas dan dia kata, “Ibu.. letih”.

“Saya terus cancel semua aktiviti berniaga dan bawa dia pergi ke jabatan kecemasan,” katanya.

Setibanya di ruangan kecemasan hospital dan diperiksa doktor, keputusan x-ray mendapati bahawa saluran suara anak NrFarraaina bengkak hingga mengakibatkannya tidak dapat bernafas.

Baharulah doktor menyatakan bahawa susu kultur tidak disarankan diminum oleh kanak-kanak.

“Doktor tanya ada bagi apa-apa? Saya cakap tak ada, hari ini cuma bagi susu dan air kultur itu sahaja. Selepas itu, cakap nak x-ray. Dapat tahu saja keputusan x-ray, aku menyesal nak mati bila dengar doktor kata susu kultur itu penyebab saluran suara anak saya jadi bengkak dan menghalang pernafasannya.

Patutlah aku perasan suara dia jadi serak dan dia cakap dia letih itu nampak macam lelah.

Doktor kata, “Memang air itu tak disyorkan sangat untuk kanak-kanak.” tambahnya.

Ibu itu mengatakan postingnya bukan untuk mengajak orang ramai memboikot susu kultur sebaliknya informasi kepada ibu bapa. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.