Tangkap Gambar PM Najib, Menangi Ganjaran Wang Tunai RM5,000

Rakyat Malaysia kini berpeluang memenangi hadiah RM5,000 dengan hanya menangkap gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tidak kira apa jua sudut sekalipun, gambar berkenaan haruslah mempamerkan keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu rakyat.

Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 17 tahun ke atas, pertandingan ‘Fotografi Perdana Menteri Prihatin Rakyat’ anjuran Jabatan Penerangan UMNO dan Media UMNO ini akan berakhir pada 15 November ini.

“Setiap penyertaan perlu disertakan nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, tarikh foto, lokasi foto diambil dan sedikit keterangan mengenai foto berkenaan,” kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, lapor MD.

Daripada seluruh penyertaan, 10 gambar paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Hadiah utama berupa hadiah wang tunai RM5,000, kedua RM3,000, ketiga RM1,500 dan tujuh pemenang lain menerima saguhati RM500.

Penyertaan boleh dihantar kepada alamat dibawah:

Ketua Penerangan UMNO Malaysia,
Jabatan Penerangan UMNO Malaysia,
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn,
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur.

Annuar dalam pada itu menegaskan, gambar yang dihantar mestilah gambar sendiri dan bukannya daripada koleksi pihak lain.

Ujarnya, pihak UMNO tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang tuntutan perundangan yang mungkin timbul daripada pelanggaran hak milik atau hak cipta ke atas gambar dihantar oleh peserta.

“Para Juri pertandingan juga berhak menolak dan membatalkan penyertaan sekiranya ia mempunyai sifat-sifat menciplak daripada foto yang diambil oleh orang lain dan keputusan juri adalah muktamad,” jelasnya.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi ‘Sekretariat Fotografi Perdana Menteri Prihatin Rakyat’ di talian 03-4042 9511.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.