Polis Siasat ADUN Perak Didakwa Pukul Wanita

Polis sedang menyiasat kes seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti pembangkang yang didakwa memukul seorang wanita hujung bulan lepas, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah menerima sebanyak lima laporan polis daripada pemimpin parti politik dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara tersebut.

“Siasatan akan diteruskan walaupun wanita yang didakwa dipukul itu telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya,” katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.

 

ADUN pembangkang tersebut didakwa menumbuk wanita itu di bahagian pipi selepas berlaku perselisihan faham.

Sementara itu, Ketua Pemuda MyPPP Perak Mohamed Nor Fadhzil Sahul Hamid bersama-sama dua anggota NGO membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di Ipoh hari ini berhubung kejadian pukul itu yang turut tular di laman sosial sejak semalam.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.