Perkara Menarik Sepanjang Majlis Perkahwinan Song Joong Ki & Song Hye Kyo

Populariti pasangan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo tidak perlu dipertikaikan lagi apabila hashtag #SongSongCoupleWedding menjadi trending dunia di Twitter selepas beberapa jam berita perkahwinan mereka dihebahkan.

Majlis yang dihadiri oleh keluarga serta rakan rapat pasangan berkenaan itu telah berlangsung
dalam sebuah majlis tertutup pada Selasa bertempat Hotel The Shilla, Seoul, Korea Selatan.
 
Memetik Gempak, terdapat beberapa perkara menarik yang dikongsikan dalam perkahwinan ini.

1.Walaupun diadakan secara tertutup namun beberapa media dari China telah menggunakan ‘drone’ untuk membuat liputan secara langsung tentang majlis perkahwinan mereka.
 
2.Menurut saksi, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah mengalirkan air mata gembira ketika majlis berlangsung.
 
3.Pelakon Park Bo Gum dan Park Hyungsik mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan dengan menyampaikan sebuah lagu di majlis tersebut.
 
4.’Song Song Couple’ kelihatan begitu gembira melayan tetamu yang hadir dan menari mengikut irama d lagu 80-an.
 
5. Lee Kwang Soo yang juga sahabat baik Song Joong Ki menjadi perhatian tetamu yang hadir apabila membacakan ucapan menyentuh hati buat pasangan berkenaan.
 
Bermula dengan “Kepada Joong Ki yang saya sayangi dan juga kakak yang saya kasihi…” dan berakhir dengan “Kakak iparku, Hye Kyo… Tolonglah jaga rakan baikku Joong Ki dengan sepenuh hati,” ujarnya.

6.Sebaik sahaja tamat majlis perkahwinan, Song Joong Ki terus bergegas menghadiri upacara pengebumian Kim Joo Hyuk yang berlangsung pada hari yang sama.

7.Pasangan ini juga sudah berangkat ke luar Eropah hari ini (2 November) untuk berbulan madu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.