Pemain Marseille Dihalau Selepas Tendang Kepala Peminat

PEMAIN pasukan Marseille, Patrice Evra dihalau dari padang sebelum perlawanan Liga Europa kerana menendang seorang peminat, malam semalam.

Menurut laporan Telegraph, bekas pemain Manchester United dan Juventus berkenaan bakal menghadapi tindakan dari UEFA akibat kelakuannya.

Rakaman menunjukkan Evra menghayun kakinya ke arah kepala seorang penyokong yang ketika itu sedang berkonfrontasi dengan penyokong lawan.

Pengurus Marseille, Rudi Garcia mengatkan Evra bertindak sedemikian akibat provokasi.

“Evra lebih dari seorang pemain yang berpengalaman dan kita (Evra) tidak boleh memberi reaksi kepada provokasi,” kata Rudi kepada BeIN Sports.

Bercakap mengenai penyokong terlibat, Rudi mendakwa individu tersebut bukan ‘penyokong sebenar’.

“Anda (penyokong) tidak boleh menghina pasukan sendiri, anda perlu sokong,” jelas Rudi.

-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.