Papa Gomo & Rakan Ke New York Cari Kebenaran Kisah Cincin Rosmah

Isu ‘cincin Datin Seri Rosmah Mansor’ dicetuskan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menjadi perbualan hangat masyarakat dan sehingga kini masih ramai yang percaya bahawa isteri Perdana Menteri itu memiliki cincin bernilai RM24 juta berkenaan.

Tercetusnya fitnah berleluasa gara-gara ucapan Rafizi yang tular di media sosial mendakwa Rosmah membeli cincin berlian sedangkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak.

Setelah perkara berkenaan dibawa ke mahkamah, ahli parlimen Pandan itu mengakui sekadar berlawak dengan berkata: “Kata-kata itu mesti difahami dalam konteks yang betul. Ia tidak mengandungi fitnah”.

Atas inisiatif membongkar sejauh mana kebenaran pembelian cincin berkenaan, blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris dan dua lagi rakannya mengembara ke New York dan berjumpa pemilik kedai emas, Jacob & Co, yang dikatakan kedai yang telah ‘menjual’ cincin berkenaan kepada Rosmah.

Perjalanan mereka bertiga – Wan Azri, Mohd Faisal dan Salim Iskandar – dikongsikan Faisal di laman sosial Facebooknya.

Kata Faisal, mereka ke New York pada penghujung 2012 menaiki penerbangan 7 jam ke Dubai sebelum menyambung 14 jam lagi perjalanan terus ke New York.

Ujarnya, beliau bertemu sendiri pemilik Jacob & Co, Jacob Arabo, yang kemudiannya mempertemukan mereka bertiga dengan pengurus kedai barang kemas berkenaan, Philip Nasimi.

Jelas Faisal, Philip menjelaskan kronologi perjalanan cincin berkenaan sehingga ia melibatkan Rosmah pada akhirnya.

“Cincin itu telah masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran kepada bakal besan DSR (Datin Seri Rosmah), Maira Nazarbaye pada 16 April 2011. Mr Philip memberitahu kami cincin itu perlu dihantar kepada orang dan alamat tempatan,” kata Faisal.

Ujarnya, Jacob & Co memerlukan penama warga tempatan bagi membawa masuk cincin berkenaan ke Malaysia, yang kemudiannya dibawa ke Singapura pada 20 April 2011 bagi tujuan pameran ke negara berkenaan pula.

“Sewaktu pemfitnah menyebarkan cerita ini, mereka hanya sebarkan dokumen masuk. Dokumen keluar tidak pula mereka tunjukkan. Ya lah…jika ditunjukkan semua itu ianya tidak lagi menjadi fitnah pula.

“Selepas Singapura cincin itu dibawa pula untuk tujuan pameran di Hong Kong. Kemudian dari Hong Kong cincin itu pulang semula ke New York dengan menggunakan pesawat Cathay Pacific nombor penerbangan CX888,” katanya.

Rosmah hanyalah penama untuk meluluskan cincin berkenaan dibawa masuk ke Malaysia sementara Maira merupakan warga Kazakhstan.

Kata Faisal, sewaktu mereka bertiga berada di premis yang terletak di Jalan 57 Timur (East 57th Street), New York, cincin berada didalam kedai tersebut.

Ianya telah dibeli oleh seseorang dan dikembalikan untuk proses mengubah saiz.

“Untuk pengetahuan, Maira Nazarbaye adalah pelanggan VIP kedai berkenaan sejak 10 tahun lepas. Kata Mr Philip ketika itu pada tahun 2012. Mereka juga berkata, adalah perkara biasa bagi perniagaan mereka menghantar barang-barang kemas untuk tujuan pameran kepada pelanggan-pelanggan VIP mereka di seluruh dunia,” ujarnya. – mD

 

Ikuti perkongsian penuh Faisal menerusi posting dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.