Lelaki Ini Dihukum Penjara 6 Bulan Kerana Poligami Tanpa Izin Isterinya

Seorang lelaki dihukum enam bulan penjara oleh Mahkamah di Lahore, Pakistan, kerana melakukan berkahwin  kali kedua tanpa restu isteri pertamanya.

Lelaki yang bernama Shahzad Saqib  ini juga diwajibkan membayar denda sebanyak RM80,195

Dilaporkan dari BBC, Ayesha Bibi, isteri pertama Saqib, memfailkan tuntutan ke mahkamah selepas Saqib berkahwin semula.

Dalam soal tuntutan suaminya, Bibi berkata suaminya tidak memberi persetujuan bertulisnya ketika membuat keputusan mengenai poligami. Hal itu dianggap melanggar undang-undang keluarga di Pakistan.

Di mahkamah, Saqib merasa berhak berkahwin lagi kerana Syariat Islam membolehkan mempunyai empat isteri.

Walau bagaimanapun, mahkamah menolak hujah Saqib, dan menjatuhkan hukuman kepadanya.

Keputusan itu dipuji aktivis hak wanita.

Romana Bashir, pengerusi NGO Pakistan berkata, keputusan itu akan memberi keberanian kepada setiap wanita untuk mengadu tentang kes yang sama.

“Hal ini bakal meningkatkan kekuatan perempuan di mata undang-undang Pakistan,” kata Bashir kepada reuters.com.

Saqib sendiri tengah mempertimbangkan rayuan atas keputusan tersebut.

Di Pakistan, lelaki yang ingin mengamalkan poligami biasanya perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada isteri terdahulu, dan ia bertahan beberapa tahun kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.