‘Lelaki 5 Juta’ dan Surat Terbuka Kepada Sultan Selangor – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 2 November 2017

Ketua Armada PRIBUMI Syed Saddiq (lelaki ‘5 juta dolar’ yang enggan membuat laporan SPRM mengenai “rasuah” ini) telah menulis surat terbuka yang panjang kepada Sultan Selangor untuk mempertahankan bosnya, Mahahir.

Dalam surat kepada Sultan Selangor itu, beliau memanggil dirinya sebagai Anak Johor yang bangga.

Beliau mengatakan bahawa beliau terkejut bahawa Sultan Selangor telah salah faham Tun Mahathir dan mahu Mahathir disiasat kerana hasutan ketika Mahathir menuturkan kata-kata ini:

“Mungkin kerana dia (Najib) berasal dari lanun Bugis, entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi balik lah ke Bugis”.

Syed Saddiq juga memberitahu Sultan bahawa beliau kecewa bahawa isu “Bugis” beliau telah dibangkitkan sekali lagi dan dipolitikkan.

“Sesungguhnya patik amat kecewa apabila isu ini ditimbulkan apatah lagi dipolitikkan bagi mengalih pandangan terhadap isu besar lain seperti rasuah.”

Syed Saddiq memberitahu Sultan bahawa TPM Zahid Hamidi telah menghina semua kaum India di Malaysia dengan hanya menyatakan bahawa Mahathir mempunyai keturunan India. (Zahid hanya menyebut bahawa datuk Mahathir adalah orang India tetapi tidak seperti Mahathir, beliau tidak memanggil kaum India sebagai Lanun dan meminta Mahathir balik ke India).

Saya tidak pasti bagaimana menyatakan fakta yang betul bahawa Mahathir mempunyai keturunan India dianggap sebagai penghinaan kepada kaum India Malaysia.

Adakah mengatakan bahawa syaitan itu mempunyai darah India dianggap sebagai penghinaan kepada semua orang India?

Mungkin Syed Saddiq boleh menerangkannya.

Akhir sekali, Syed Saddiq meminta Sultan supaya tidak membincangkan isu penghinaan Bugis ini tetapi menggesa Sultan untuk berjuang untuk rakyat Malaysia.

“Berjuang Untuk Kami Tuanku, Berjuang Untuk Semua Rakyat Malaysia,” kata Syed Saddiq.

Lelaki cengeng ‘5 juta dollar’ ini sangat angkuh untuk menulis surat yang berbaur bongkak ini kepada Sultan.

Surat terbuka Syed Saddiq kepada Sultan Selangor:

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.