Ingin Jadi Artis Terkenal , Gadis ini Disalahgunakan Bosnya, Mengadu Kepada Artis Senior Tapi Diugut

Dunia hiburan bukanlah tempat yang dianggap sering menyeronokkan. Selalunya cerita yang sedih dan tragis pasti mengiringi kejayaan artis-artis ini.

Gangguan seksual sekali lagi berlaku di industri hiburan Korea Selatan. Kali ini mangsanya adalah seorang idol wanita yang tidak disebutkan namanya.

Dilaporkan dari Koreaboo, idol wanita ini mengaku didera oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi Yaeil Entertainment bernama Kim Sung Wook.

Selain CEO Kim Sung Wook, seorang penyanyi senior Korea bernama Moon Hee Ok juga dilaporkan pada polis. Moon Hee Ok adalah artis yang juga bernaung di bawah agensi Yaeil Entertainment.

Dia juga dikatakan bekerjasama dengan CEO syarikat itu untuk menutup kes penderaan ini.

Pada awalnya, pelakon pelatih wanita  yang menjadi korban ini mengadu pada Moon Hee Ok mengenai keganasan seksual yang terjadi padanya.

Setelah mendengar cerita idola ini, Moon Hee Ok malah menyuruhnya untuk berdiam diri.

Moon Hee Ok dikatakan memberi ancaman kepada penyanyi idola itu untuk tidak mendedahkan kes penyalahgunaan ini kepada orang lain.

“Yang aku harus katakan adalah 2: Aku tidak akan mengatakan apa-apa, atau aku akan tutup mulut dan aku tidak mahu mengatakan apa-apa kepada kamu!” Moon Hee Ok berkata pada idola wanita itu.

Penderaan seksual ini berlaku di dalam kereta CEO, Kim Sung Wook. Kim telah memaksa wanita idola tersebut melakukan seks di dalam keretanya.

Kim berkata dia mahu “memiliki” wanita cantik itu sementara tangannya terus menggenggam badan idola itu.

Wanita tersebut tidak tahan dengan keadaan yang ditanggungnya itu lalu  dia mendedahkan ceritanya kepada media Korea.

“Ini sangat menyakitkan dan saya perlu mengambil ubat untuk tidur.” Kata idola wanita berkenaan.

Satu-satunya orang yang saya berani bertemu ialah ibu bapa dan doktor saya, saya tidak berani berjumpa dengan orang lain, “jelas wanita itu.

Idola ini telah menamatkan kontraknya dengan Yeail Entertainment pada Disember 2016. Semua aktiviti keseniannya turut dihentikan seketika bagi mengumpulkan bukti terhadap Kim Sung Wook dan Moon He Ok.

Polis Daerah Korea Selatan berkata kes gangguan seksual oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kim Sung Wook dan Moon Hee Ok sedang disiasat. Polis juga berkata prosiding undang-undang dan jenayah akan dilakukan secepat mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.