Evra Dibuang Padang Kerana Serang Penyokong

GUIMARAES (Portugal) – Pertahanan Marseille, Patrice Evra diperintahkan keluar padang selepas melancarkan serangan ala karate kepada penyokong, ketika pasukannya berdepan Vitoria Guimaraes dalam saingan Liga Europa, sebentar tadi.

Menurut wartawan AFP, Evra terbabit dalam perang mulut dengan sekumpulan penyokong Marseille, dari tempat duduk pemain simpanan sebelum bertindak menyepak seorang darpada mereka.

Pegawai keselamatan yang bertugas di tepi padang segera meleraikan ketegangan dan Evra, yang berada dalam senarai pemain simpanan diarahkan oleh pengadil supaya kembali ke bilik persalinan, petik BH.

Bekas pemain Manchester United berusia 36 tahun itu dikritik hebat kerana prestasinya sepanjang musim dan hilang posisi bek kiri dalam pasukan kepada pemain pinjaman dari Aston Villa, Jordan Amavi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.