Amelina Elak Suami Orang

PENYANYI yang mendapat jolokan ratu dangdut, Amelina mengakui sejak bergelar janda, ada lelaki yang cuba mendekatinya dan mahu berkenalan.

Bagaimanapun mengenangkan status diri sebagai ibu tunggal yang sedang membesarkan enam anak dan semuanya masih bersekolah membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang itu menolak lelaki yang menawarkan cinta kepadanya.

Ditemui baru-baru ini, Amelina menegaskan penolakkan itu tidak bermakna dia sudah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki sebaliknya dia harus mendahulukan anak-anak terlebih dulu.

“€œSebenarnya anak-anak membuatkan saya sentiasa berfikir, adakah lelaki mahu menerima anak-anak saya. Malah pada saya syarat untuk kembali bernikah adalah lelaki itu harus mendahulukan anak-anak saya.

“€œSaya tidak percaya pada zaman sekarang ini ada lelaki yang mahu menanggung beban dan menjadi bapa segera kepada anak-anak. Kalau begitu situasinya biarlah saya terus menjanda,€ katanya.

Seperkara lagi kata Amelina, ada juga lelaki yang datang kepadanya sudah bergelar suami orang dan perkara itu paling dia cuba elakkan.

€”Bab jodoh ini memang orang kata kalau sudah ditentukan Allah, kita tidak boleh mengelak. Tapi saya selalu berdoa kalau benarlah jodoh saya datang lagi janganlah ditemukan dengan suami orang. Saya faham dan tahu sakitnya perasaan apabila berkongsi kasih ini,€” katanya.

Amelina yang menghilang hampir 16 tahun, selepas berkahwin secara rahsia dengan Reduan Mahmood, seorang ahli perniagaan tampil membuat kemunculan semula awal tahun lalu dan memberitahu sudah berpisah dengan bekas suaminya itu.

Dalam kenyataan itu juga Amelina turut menegaskan dia tidak mahu memberikan penjelaskan mengenai penceraian yang berlaku dengan alasan dia berkahwin secara rahsia jadi penceraiannya juga tidak seharusnya diberikan publisiti.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.