Abang Jalin Hubungan Sulit, Adik Diarah Bogel

Seorang gadis berusia 14 tahun telah diarak dalam keadaan berbogel di sebuah kampung hanya disebabkan abangnya mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang penduduk di situ.

Menurut sebuah portal, kejadian berlaku di kampung Garahmat di Pakistan di mana gadis itu telah diculik sebelum dibogelkan dan dipaksa berjalan di seluruh kampung tanpa seurat benang pun.

Ia dikatakan sebagai membalas dendam terhadap keluarga mereka atas tindakan abangnya.

Ketika itu gadis berkenaan sedang berjalan bersama dengan tiga sepupunya menuju ke sebuah kolam untuk mengambil air.

Polis masih memburu seorang suspek yang melarikan diri namun lapan lelaki lain telah dihadapkan di mahkamah.

Sistem perundangan yang diwujudkan sendiri oleh penduduk kampung menyebabkan penindasan kepada wanita malah lebih 1,000 wanita dibunuh oleh saudara mara mereka kerana melanggar norma konservatif melibatkan isu percintaan dan perkahwinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.