2 Lelaki Guna Parang, Kebas Tujuh Dulang Barang Kemas

KUALA LUMPUR — Sebuah kedai emas di Kota Damansara di sini mengalami kerugian dianggarkan RM1.1 juta selepas disamun dua lelaki bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kira-kira 10.55 pagi tadi, empat pekerja wanita kedai emas di sebuah pasar raya sedang membuat persediaan membuka operasi harian kedai tersebut.

Beliau berkata tidak lama kemudian, kedua-dua suspek yang berbaju lengan panjang, bertopeng dan bersenjatakan parang menyerbu masuk dan merampas senjata api milik pengawal keselamatan premis itu.

“Suspek kemudiannya menyamun tujuh dulang barang kemas sebelum melarikan diri menaiki  kereta Nissan Almera berwarna putih,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Zani berkata siasatan mendapati nombor plat kereta itu adalah palsu dan polis menemukan senjata api milik pengawal keselamatan berkenaan yang dibuang di dalam longkang berhampiran tempat letak kereta.

Kesemua pekerja premis berkenaan dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan, katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.