Wanita Miliki Punggung Paling Besar Di Dunia

Seorang model menjadi sensasi media sosial selepas mendakwa memiliki punggung terbesar di dunia tanpa melakukan sebarang pembedahan plastik.

 

Dakwaan yang dibuat oleh Eudoxie Yao dari Ivory Coast itu menjadikan dia sebagai tumpuan hinggakan Instagramnya mempunyai 125,000 pengikut.

 

Berkat punggung besar itu, Yao yang menjadikan Kim Kardashian sebagai idolanya, telah menggunakan `kelebihan’ berkenaan untuk mempromosikan produk, menjual gambar dan dijemput sebagai tetamu majlis.

 

Dia yang mempunyai kebolehan bercakap dalam bahasa Perancis itu juga seringkali muncul dalam rancangan di televisyen tempatan.

 

Meskipun sesetengah orang mempertikaikan punggung Yao, namun dia dengan tegas telah menyangkal dakwaan melakukan pembedahan membesarkan punggung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!