Sultan Ibrahim Tidak Benar Demonstrasi Di Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak mahu sebarang bentuk demonstrasi diadakan di negeri tersebut kerana perbuatan itu dilihat menggugat ketenteraman awam.

 
Baginda di dalam titahnya berkata, demonstrasi jalanan merupakan satu budaya sesat dan tidak baik sekali gus menimbulkan kebencian serta perpecahan dalam kalangan masyarakat.

 
“Tindakan rakyat berkumpul di tempat-tempat awam dan melakukan perbuatan hina pemimpin dan individu tertentu adalah tidak bertanggungjawab, ” titah baginda, petik Utusan.

 
Baginda bertitah demikian dalam Perhimpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Pasir Gudang, petang tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.