Netizen Kritik Wanita Mahu ‘Booking’ Doktor

Rancangan AMKrew bersiaran pagi tadi mendapat kritikan netizen apabila ada segelintir wanita mahu ‘booking’ seorang doktor jemputan konti Hot FM, Say Shazril Shaharuddin untuk menyambut kelahiran anak mereka.

 

Seorang pemilik Facebook, Faisal Hamdi yang memuat naik statusnya menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bermaruah sekali gus menzahirkan rasa kecewa dan cuba menyelami perasaan suami yang terpaksa berhadapan dengan perkara tersebut.

 

“Astaghfirullah…Saat ramai Muslimah dok perjuangkan untuk dapatkan doktor wanita saat bersalin dek menjaga maruah, pagi ni mendengar perempuan-perempuan TAK ADA MARUAH dok menggatal berebut nak doktor hensem yang ke udara di HotFM pagi ni sambut dia bersalin.

 

“Tak dapat bayangkan perasaan si suami jika dia mendengar si isteri dengan rela hati (bukan darurat) untuk MENGANGKANG depan lelaki lain atas sebab KEKACAKAN…Sungguh, betapa teringat kisah Nabi Yusuf digoda Zulaikha…,”tulisnya.

 

Seorang pelayar, Muhammad Naim Bin Sulaiman menulis, “Jika berlaku maka Nusyuz, berhak diceraikan,”katanya.

 

Manakala, Omeirah Zakaria memberi komen “Muslim luar negara menagis dpt memperjuangkan hak bertudung…kita pulak seronok bergurau bab ni..sedih…,”tulisnya.

 

Sementara itu, beberapa pelayar turut memberikan komen supaya tidak lagi mendengar siaran di stesen radio berkenaan kerana tidak ada santapan rohani bahkan banyak lagi isu lain yang memberikan pengaruh yang tidak baik menerusi siarannya.

 

Seorang pelayar, Azlina Izuddin memberikan komen, “Jgn dgr la radio merepek tu.. dgr ikim.fm lg bgs.. hihii,” tulisnya.

 

Ta Dza juga memberikan komennya, “hot fm dah lama x ikut aqidah,”katanya.

 

Manakala Jamutradisional Kuantan menambah, “Siaran radio yg x memberi santapan rohani.,”tulisnya.

 

Status tersebut mendapat 420 Likes, 50 komen dan 197 perkongsian. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.