Video: Serangan Bom Di Selatan Thailand

Pattani – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, manakala dua orang lagi cedera dalam empat kejadian serangan berasingan di wilayah Pattani, di selatan negara ini sejak malam tadi hingga pagi ini.

Portal Bangkok Post melaporkan, dalam serangan pertama, sebutir bom meletup di restoran Sai Rung di kawasan Rusamilae menyebabkan seorang pelayan yang dikenal pasti sebagai Muay ditemui mati dalam kejadian pada kira-kira pukul 7 malam.

Kejadian kedua berlaku di restoran Khrua Songkhla, selepas sebutir bom meletup kira-kira 500 meter dari lokasi letupan pertama.

Serangan ketiga dilaporkan berlaku di restoran Ma Ruay di jalan Na Kluea mengakibatkan dua orang cedera akibat letupan bom yang berlaku pada waktu yang hampir sama dengan dua kejadian lain.

Sementara itu sebuah bom dilaporkan meletup di daerah Sungai Golok dan menyebabkan dua anggota tentera dan dua orang awam mengalami kecederaan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam 7.30 pagi (Rabu) di Kampong Buema berhampiran sempadan Takbai ke sungai Golok.

Dalam perkembangan berasingan, seorang penduduk berusia 59 tahun ditembak mati di Ban Klang di daerah Panare pada kira-kira pukul 7 pagi ini.

Mangsa, Kodae Wani diserang oleh sejumlah lelaki bersenjata tidak dikenali yang menaiki trak pikap ketika dia baru sahaja beredar dari sebuah warung.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh polis dan tentera yang tiba di tempat kejadian.

Menurut polis, penyerang menggunakan raifal M16 dalam serangan itu. Polis sedang menyiasat motif serangan tersebut.

Maut Ditembak 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.