Tiga Beranak Maut, Seorang Cedera Parah Dalam Nahas Di Kuala Lipis

Kuala Lipis – Tiga beranak maut dan seorang cedera parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas bas ekspres di Kilometer (KM) 92, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira jam 2.05 pagi itu adalah pemandu MPV, Nik Zainuddin Nik Mohamad, 58, isterinya, Wan Akma Lailee Wan Aziz, 54 dan anak perempuan mereka Nik Lyana, 19.

Dalam kejadian itu, anak lelaki mangsa yang duduk di bahagian penumpang, Ahmad Bahari, 15, cedera parah.

Kesemua mereka berasal dari Jalan Dusan Muda, Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata kemalangan berlaku apabila MPV dipandu Zainuddin yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur hilang kawalan di tempat kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh bas.

“Akibatnya, tiga daripada empat beranak itu maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala seorang lagi parah, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang.

“Bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kota Bharu dengan membawa 42 penumpang, pemandunya dikenali Adnan Abdullah, 45, cedera ringan manakala kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Abdul Razak berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan Lipis 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemalangan Lipis 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.