Perdana Menteri Ucap Selamat Maju Jaya Buat Calon Sijil Pelajaran Malaysia

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin.

“Selamat menduduki SPM buat para pelajar Tingkatan 5 esok. Saya mendoakan kejayaan semua,” kata Perdana Menteri dalam laman twitternya.

Sebanyak 455,839 calon akan menduduki peperiksaan tersebut di 3,655 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dari 3 November hingga 4 Disember ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.