Pengguna Media Sosial Samakan Dr Maza Dengan Kisah Dongeng Paderi

Kuala Lumpur – Pengguna media sosial sifatkan kenyataan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berhubung gambar yang dimuatnaikkan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai ingin melaga-lagakan pemimpin.

Menurut Aznil Hisham tindakan Dr Asri itu tidak ubah seperti seorang paderi yang dharamkam untuk memakan binatang buruan namun mengunakan helah untuk menghalalkan perbuatan tersebut.

“Maka untuk memenuhi impiannya, paderi ni mencari ketam yg masih hidup. Di letaknya ketam itu di atas titi yg tidak stabil. Titi itu berada di atas periuk yg sudah siap segala perisa kuah dan di atas api. Maka bergerak lah ketam itu di atas titi yg tidak stabil. Akibatnya, ketam itu jatuh ke dlm periuk yg mendidih.

“Maka hari itu paderi dapat menjamu lauk ketam. Ditanya pengikutnya, bukankah anda diharamkan makan haiwan yg di buru?

“Dia menjawab : Ketam ini bukan di buru, dia sendiri yg jatuh dalam periuk aku”. ujarnya di laman Facebooknya semalam.

Paling menarik posting tersebut menerima 117 ‘Like’ dari penguna media sosial yang lain sebagai tanda bersetuju dengan pandangan tersebut.

Dr Asri atau lebih dikenali sebagai Dr MAza sebelum ini berkata, beliau percaya dengan kredibiti yang dimiliki oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar (KJ) mampu mengembalikan keharmonian dan semangat nasionalisme kepada rakyat.

Katanya, pemikiran politik yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Rembau itu juga mampu memberi suntikan baru kepada kepimpinan politik kini.

“Saya rasa saya faham latar pemikiran politik beliau. Saya kata bahawa beliau merupakan harapan kepada kepimpinan politik masa depan bagi sebuah negara seperti Malaysia yang makin terbuka dan rencam,” katanya.

Jelasnya, sikap kepimpinan dan pendekatan yang digunakan KJ juga mampu menarik generasi muda bandar dan luar bandar jika dibandingkan dengan pemimpin pemimpin lain sama ada dalam kerajaan ataupun pembangkang.

“Sosok politik KJ saya percaya akan lebih mengharmonikan Malaysia.

“Corak pemikiran beliau juga boleh menjadikan Malaysia lebih aman dan mengembalikan semangat Malaysia kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi entri dalam Facebooknya yang mengulas mengenai sekeping gambar KJ yang dimuatnaik sebelum ini.

Gambar KJ yang disertakan sekali dengan “Saya uji sendiri kekuatan tiang bendera penjuru apabila diterajang” turut mendapat perhatian Dr. Mohd Asri.

“Saya suka dengan posting KJ ini,” ujarnya.

 

Berikut adalah kenyataan penuh beliau berhubung isu tersebut:

Cara Maza serupa dengan sebuah kisah seorg paderi yg di haramkan makan daging binatang buruan.

Paderi ini di haramkan makan haiwan yg di buru. Namun suatu hari, paderi ini teringin makan ketam. Malangnya, dia di haram makan kerana ketam yg di jual di pasar juga di kategorikan sebagai “diburu”.

Maka utk memenuhi impiannya, paderi ni mencari ketam yg masih hidup. Di letaknya ketam itu di atas titi yg tidak stabil. Titi itu berada di atas periuk yg sudah siap segala perisa kuah dan di atas api. Maka bergerak lah ketam itu di atas titi yg tidak stabil. Akibatnya, ketam itu jatuh ke dlm periuk yg mendidih.

Maka hari itu paderi dapat menjamu lauk ketam. Ditanya pengikutnya, bukankah anda diharamkan makan haiwan yg di buru?

Dia menjawab :

“Ketam ini bukan di buru, dia sendiri yg jatuh dalam periuk aku”.

—–
Posting Maza ini sebenarnya secara tidak langsung melaga- laga antara 2 pemimpin ini. Ayat pertama beliau

“Saya suka posting KJ ini” – apa maknany?

Bila kita tanya dia, sebagai agamawan yg disegani.. Kenapa beliau sanggup buat posting yg cuma memecah belahkan rakyat?

Sudah pasti dia akan jawab :

“Saya tak sebut pun nama mana2 individu terbabit. Saya tidak pun tuju kepada TMJ”

—–

‪#‎PERSOALAN‬ : Apa beza antara Maza dengan paderi di atas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.