Konsert Solo Pertama Dayang Nur Faizah Sempena 15 Tahun Dalam Industri Seni

Kuala Lumpur – Bertempat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) akan berlangsungnya konsert penyanyi R&B yang tidak asing lagi, Dayang NurFaizah akan mengadakan kosert solonya pertamanya sempena 15 tahun penglibatannya dalam dunia nyanyian.

Memang menjadi impian rata-rata penghibur tanah air mengimpikan untuk mengadakan konsert di pentas berprestij itu. Justeru peluang kemasa itu tidak disia-siakan penyanyi kelahiran Kuching Sarawak ini. Khabar lebih menggembirakan diterima Dayang apabila dimaklumkan tiket-tiket sudah pun habis dijual.

“Alhamdulillah, saya pun baru selesai buat latihan selama tiga hari ini. Saya sebenarnya sangat teruja kerana ini adalah konsert solo pertama saya setelah 15 tahun dalam industri.

“Jualan tiket pun laris. Sebenarnya bila saya dengar tentang jualan tiket tu saya rasa agak tertekan. Tapi tertekan yang positif. Saya tahu peminat pasti mengharapkan sebuah persembahan yang sangat baik dari saya. Saya pun teruja dan tak sabar nak hiburkan mereka.

“Kalau ikutkan, lagu-lagu yang akan saya nyanyikan nanti semua lagu-lagu pilihan peminat. Ada 1 dua saja lagu pilihan saya”, katanya ketika ditemui pada sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-29, baru-baru ini.

Dayang berjaya melangkah ke peringat Separuh Akhir menerusi lagu ‘Di Pintu Syurga’. Dayang akan membawakan lagu ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Iman Imran itu di pertandingan minggu kedua iaitu pada 21 November ini.

“Alhamdulillah, tahun ini lagu Dayang berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik. Saya anggap ini satu bonus. Saya rasa semua ni takkan jadi kalau saya tak jumpa komposer dan penulis lirik lagu ni. Mereka yang banyak bertanggungjawab membawa saya kembali ke pentas Muzik-Muzik.

“Saingan tahun ini juga sengit. Ada muka-muka lama yang memag kita tahu kewibawaan mereak, juga muka-muka baru. Jadi saya tak mahu letakkan harapan terlalu tinggi untuk ke final. Kalau dapat, itu rezeki”, katanya.

Tambah istimewa, ini adalah kemunculan semula Dayang ke pentas pertandungan berprestij anjura TV3 ini selepas kali terakhir dia mempertaruhkan lagu ‘Erti Hidup’, kira-kira 10 tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Dayang memberitahu dia kini sedang sibuk mengumpulkan lagu untuk dipilih sebagai single terbarunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.