Jenifer Lopez Dedah Pernah Didera

New York – Jenifer Lopez sering dikenali sebagai selebriti yang ramah dan tidak lokek senyum. Namun di sebalik itu, tidak ramai yang tahu mengenai luka yang pernah dipendamnya.

Menerusi temubual bersama majalah People, pelantun lagu On The Floor itu mendedahkan dia pernah melalui sebuah hubungan cinta yang penuh dengan kekerasan.

“Kekerasan itu bukan melalui fizikal, tetapi ia jauh lebih teruk. Tubuh badan saya tidak pernah lebam, tetapi saya dianiaya dengan cara yang berbeza iaitu secara mental dan emosi.

“Saya tahu bagaimana rasanya apabila direndah-rendahkan oleh pasangan kamu,” katanya.

Bagaimanapun, Jennifer enggan mendedahkan siapakah lelaki yang telah menderanya secara mental itu.

Terdahulu, Jennifer pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa selebriti ternama seperti Ben Affleck dan Mark Anthony. Walaupun berakhir dengan penceraian, perkahwinannya dengan Mark menghadirkan dua cahaya mata iaitu Max dan Emme.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.