Video: Amy Search Kenakan Kejutan Elektrik Kerana Kekalahan JDT

Kuala Lumpur – Penyanyi popular tanah air, Amy Search hari ini menerima hukuman dengan dikenakan kejutan elektrik selepas pasukan bola sepak negeri kelahirannya, Johor Darul Takzim (JDT) tewas dalam perlawanan Piala Malaysia 2014, pada Sabtu lalu.

Hukuman itu dikenakan kepada Amy selepas figura hebat itu bersetuju untuk mewakili Johor untuk menyertai segmen ‘Karaoke Karen’ jika JDT kalah pada perlawanan bola sepak itu.

Keputusan itu menyaksikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terlepas untuk dikaren stesen radio itu.

Terdahulu Siti bersetuju untuk mewakili negeri kelahirannya, Pahang Darul Makmur.

Pada Sabtu lalu, Pahang mengecewakan JDT apabila merangkul piala penuh berprejstij itu.

Sebagai meraikan kejayaan Siti terlepas acara karaoke Karen itu, Era FM akan memutarkan lagu-lagu penyanyi itu sepanjang hari ini.

Pengurus Saluran stesen radio itu Nazri Noran berkata, pihaknya akan menyiarkan pelbagai koleksi lagu Siti pada segmen JOHARA Pagi ERA bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi dan kemudian sebuah lagu penyanyi itu akan diputarkan setiap jam sepanjang hari Isnin (hari ini).

“Kami akan menunaikan permintaan Siti untuk memutarkan lagu-lagunya sepanjang hari Isnin di mana hanya lagu-lagunya akan keudara pada segmen JOHARA.

“Kemudian, lagu Siti masih dimainkan setiap sejam selepas segmen tersebut,” katanya dipetik daripada sebuah portal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.