Selepas PM, Giliran Menteri Guna Alasan Kehendak Rakyat Untuk Buat Kajian GST

KAJANG – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar berkata GST tidak akan diperkenalkan semula jika rakyat tidak mahu.

“Kalau rakyat tidak mahu, kita tidak akan laksanakan.

“Kalau rakyat tengok ada kemudahannya, boleh bawa hidup lebih selesa sebab kita ada duit lebih untuk belanja untuk rakyat, saya tiada masalah.

“Ia terserah kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Kumbahan Berpusat di Kampung Sungai Balak hari ini.

Xavier bagaimanapun berkata kerajaan perlu masa untuk mengkaji model GST dan keputusan hanya boleh dibuat selepas mempertimbangkan dapatannya.

“Beri kita masa untuk buat kajian, selepas Belanjawan 2020,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan pertimbangkan memperkenalkan semula GST jika itu kehendak rakyat.

Perkembangan ini menyusuli seruan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyeru GST diperkenalkan semula tapi pada kadar lebih rendah iaitu 3% berbanding 6% sebelum ini. – FMT

Lain-lain berita;

Kaji Laksana Semula GST Kerana Kehendak Rakyat, Kata Dia – Najib

Harga Tak Turun Selepas Mansuh GST, Jadi SST Ini Untungkan Siapa Sebenarnya?

Puncanya Mansuh GST, Polisi Celaru dan Pelabur Lari, Kini Jual Aset Kerana Tiada Duit – Khalid Ibrahim

Harga Telur Ayam Naik Tertinggi Dalam Sejarah, Lebih Mahal Dari Zaman GST

Kementerian Kewangan Kena Sindir Gara-Gara Pengiraan Salah Berkaitan Cukai SST dan GST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!