Beliau (Zahid) dijangkakan akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan keterangan pada minggu ini,” katanya di Menara KPJ, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau turut  mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dengan 100 pertuduhan.

Katanya, perkara itu diketahui daripada sumber terdekatnya yang boleh dipercayai.

“Sekarang ini sudah ada 32 tuduhan. Mereka merancang untuk kenakan 100 tuduhan kepada Najib sebabnya inilah cara untuk menghalang Najib bersuara,” katanya.

Terdahulu beliau hadir untuk menyatakan sokongan kepada Najib yang hadir ke Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram bagi memberi keterangan berhubung siasatan 1MDB.

Ahmad Zahid sebelum ini disiasat  SPRM lebih lapan jam, bagi memberi keterangan berhubung Putera Arab Saudi yang didakwa mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib Tun Razak. – SINAR HARIAN