UMNO Enggan Ulas Isu PRK Parlimen PD

KUALA LUMPUR: UMNO mengambil pendekatan enggan mengulas isu berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson kerana tidak terbabit dalam pilihan raya itu.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap isu berhubung PRK berkenaan.

“UMNO tiada mengambil bahagian dalam PRK Parlimen Port Dickson, saya tidak mahu komen,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau ditanya mengenai sokongan pemimpin akar umbi pada peringkat bahagian parti terhadap kempen Tan Sri Mohd Isa Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Isa mengaku sebahagian pemimpin dan ahli UMNO peringkat akar umbi di Port Dickson menyokongnya walaupun parti itu memutuskan untuk memboikot PRK berkenaan.

Mohd Isa dipetik sebagai berkata, tindakan menyokongnya itu tidak sama dengan menggunakan jentera UMNO untuk kempen atau berada dalam kempen beliau.

Selain itu, media melaporkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Port Dickson, Mohd Najib Mohd Isa yang juga anak sulung Mohd Isa, menegaskan berkempen untuk bapanya atas kapasiti sebagai anak dan tidak menggunakan jentera parti.

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan serta bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang (kini Port Dickson), mengumumkan keluar parti kerana mahu bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Parlimen Port Dickson selepas Barisan Nasional (BN) dan UMNO membuat keputusan memboikot pilihan raya itu. – BERITA HARIAN

One thought on “UMNO Enggan Ulas Isu PRK Parlimen PD

  • October 3, 2018 at 8:21 pm
    Permalink

    tkde makna nya. !! buang masa ….hidup pkr..ph ayuh tun m…!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.