Tweet Nik Nazmi: KJ Setuju Atau Perli?

SHAH ALAM – Sejak sudah tidak memegang jawatan tertinggi UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat semakin lantang bersuara, termasuk mengkritik parti.

Sebelum ini beliau secara terang-terangan menyalahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mendakwa Presiden UMNO itu bertanggungjawab di atas keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan parti itu.

Terbaru, Ahli Parlimen Rembau itu ‘retweeted’ (ulang kicau) satu tweet yang ditulis oleh pemimpin PKR, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tindakan Khairy itu sekaligus menimbulkan tanda tanya, dalam masa yang sama menghantar maksud seolah-olah beliau ‘bersetuju’ dengan apa yang ditulis oleh pemimpin PKR itu.

Bagaimanapun, ramai pelayar di laman Twitter mengecam ‘tweet’ Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa kerana mengeluarkan kenyataan tidak profesional seperti itu.

 

 

Malah ramai di antara mereka juga meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa Nik Nazmi tidak menjalankan peranan yang sepatutnya sebagai seorang wakil rakyat yang telah diberi kepercayaan pada pilihan raya umum lalu.

 

Ujar mereka, sebagai seorang wakil rakyat, Nik Nazmi sepatutnya lebih kerap turun padang dan bukannya hanya bermain Twitter. -SuaraTv 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.