Nooryana Najwa  meluahkan perasaan beliau di Instagram sebentar tadi dengan berkata, beliau terlalu sedih untuk untuk mengeluarkan air mata dan terlalu geram untuk menjerit terhadap apa yang berlaku ke atas ibunya.

Menurut Nooryana Najwa, beliau boleh menerima apa yang menimpa terhadap bapanya namun mengambil tindakan terhadap seorang wanita disifatkan Nooryana Najwa sebagai terlalu melampau.

“Dua minggu lalu kamu menyerbu rumah ibunya, hari ini kamu menahan isterinya dan merancang untuk mendakwa wanita itu pada hari yang sama suaminya akan berada di mahkamah.

“Saya jangka esok akan menghasilkan gambar terbaik dan media ‘sarkis’. Panggilan yang ditakuti masuk pada pukul 4 pagi. Terlalu sedih untuk menangis, terlalu marah untuk menjerit. Saya baru bangun, mengambil wuduk dan berdoa tahjud untuk ibu,” kata Nooryana Najwa.

Nooryana Najwa berdoa agar ibunya tetap tenang kerana mengetahui Rosmah mungkin bimbang terhadap semua orang yang berada di rumah termasuk dirinya.

“Bagaimana Gina akan menghadapi in? Saya harap dia masih pergi ke kelas hari ini. Adakah Adam ok?.

“Ibu walaupun anda tidak boleh mendengar saya, sila tahu saya baik-baik saja. Saya akan bangun dari katil dan pergi ke kelas dan Adam akan dengan sabar menunggu anda di FaceTime. Sila cuba makan dan dapatkan rehat malam ini,” kata Nooryana Najwa

Menurut Nooryana Najwa, tidak kira betapa sukarnya keadaan ibunya, beliau akan selalu berdiri teguh dengan wanita yang melahirkannya itu.

“Dalam kata-kata ibu pagi tadi, insha-Allah, kami akan bertahan,” kata Nooryana Najwa.

Rosmah yang ditahan oleh SPRM hari ini akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 esok.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut dipanggil memberi keterangan  untuk membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 hari ini. -UTUSAN ONLINE