Surendran: “Saya Masih Hidup”

 

SHAH ALAM – Pemimpin PKR N. Surendran menafikan khabar angin yang tersebar mengenai kematiannya hari ini.

Peguam itu menambah, beliau malah berada dalam keadaan yang baik dan bekerja di firma guaman seperti biasa.

“Terdapat khabar angin tersebar mengatakan saya dijumpai mati di kediaman saya. Saya dan rakan menerima banyak panggilan untuk bertanya tentang kesahihan khabar tersebut.

“Sangat luar biasa untuk menafikan kematian saya sendiri.

“Saya dalam keadaan baik dan masih hidup, dan telah berada di firma undang-undang saya bekerja sepanjang pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beliau tidak mempunyai maklumat bagaimana khabar angin tersebut tersebar.

Sementara itu, peguam Latheefa Koya yang juga pemimpin PKR memuat naik kenyataan Surendran di laman Facebook beliau.

Seorang pelayar laman itu memberitahu di ruangan komen bahawa memang terdapat seorang peguam yang bernama Surendran meninggal dunia di Ipoh, dan berkemungkinan ramai yang terkeliru kerana mereka mempunyai nama yang sama. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.