“Sebagai Anak Dan Menantu Kami Tetap Mendoakan Beliau”

SHAH ALAM – Sungguhpun pernah membuat pendedahan mengejutkan mengenai ‘sisi gelap’ ibunya, Azrene Soraya Abdul Aziz berkata beliau tetap mendoakan kesejahteraan wanita yang pernah melahirkannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor itu juga mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan ibunya.

Posting tersebut turut dikongsi bersama suaminya, penyanyi dan chef Datuk Fazley Yaakob.

 

 

Kedua-duanya berkata, mereka tetap berpegang dengan pendirian bahawa ‘yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah’.

Azrene merupakan anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami pertamanya.

Rosmah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi, selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, untuk memberi keterangan berhubung siasatan mengenai pengubahan wang haram.

Beliau akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok untuk didakwa atas pertuduhan tersebut.

Azrene tampil mendedahkan mengenai ‘sisi gelap’ Rosmah sebaik sahaja kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak tumbang pada pilihan raya lalu.

Menulis di Instagram, Azrene meluahkan rasa hatinya yang terbuku selama ini mengenai tabiat buruk ibunya yang dakwanya mengamalkan ilmu hitam, malah pernah cuba ‘menjual’ dirinya untuk mendapatkan bidaan tertinggi demi kepentingan politik. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.