Video: Rosmah Ditahan SPRM, Akan Didakwa Pagi Esok

PUTRAJAYA – Isteri mantan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

BSPRM menerusi satu kenybataan berkata, penahanan itu dibuat pada jam 3.20 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, iaitu kira-kira lima jam selepas Rosmah hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan mengenai pengubahan wang haram.

“Susulan itu, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2018, jam 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut,” demikian menurut kenyataan itu.

Laporan media menyebut Rosmah mungkin dihadapkan sehingga 20 pertuduhan jenayah.

Terdahulu beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 10.40 pagi ditemani peguamnya Datuk K Kumaraendran.

Minggu lalu Rosmah menghabiskan masa hampir 13 jam memberi keterangan di Putrajaya. -SuaraTv

2 thoughts on “Video: Rosmah Ditahan SPRM, Akan Didakwa Pagi Esok

  • October 3, 2018 at 8:29 pm
    Permalink

    yg salah tetap dakwa hukum..! tk kira sapa pun!@ salah tetap salah kita ada undang2..!!! ayuh kita tunggu keputusan nya…

    Reply
  • October 3, 2018 at 8:31 pm
    Permalink

    kita akan ketahui selama ini fitnah atau benar?? allah swt maha kaya maha berkuasa..! sama2 kita tunggu ya..!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.