Najib Mungkin Hadapi 100 Pertuduhan, kata Lokman

KUALA LUMPUR –  Presiden Pemantau Malaysia Baharu Datuk Lokman Noor Adam menjangkakan Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dengan 100 pertuduhan. 

Beliau mendakwa menerima maklumat itu daripada sumbernya dan langkah itu katanya diambil bagi  menutup mulut bekas Perdana Menteri itu.

“Sekarang ini sudah ada 32 tuduhan. Mereka merancang untuk kenakan 100 tuduhan kepada Najib sebabnya inilah cara untuk menghalang Najib bersuara,” katanya.

Terdahulu beliau hadir di  Menara KPN untuk menyatakan sokongan kepada Najib yang hadir ke oejabat Unit AMLA bagi memberi keterangan kepada PDRM berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Lokman dalam masa sama mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) untuk mengugu pemimpin UMNO agar meninggalkan parti itu demi mengukuhkan kedudukannya.

“Saya nak maklumkan selain menggunakan Akta Hasutan Pakatan Harapan hari ini setelah ketiadaaan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), AMLA digunakan sebagai senjata utama Yang digunakan untuk menekan unsur politik khusus kepada UMNO. 

“Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dijangka akan selesai 13 Oktober bermakna suka tak suka Tun M kena terpaksa menunaikan janji menyerahkan tapuk pemeritahan kepada Datuk Seri Anwar. Disebabkan ada kemungkinan sekiranya Tun M tidak menyerahkan jawatan (Perdana Menteri) kepada Anwar, Anwar akan   akan berpakat dengan parti politik lain UMNO dan PAs sepertinya bagi mengelakkan,” katanya lagi yang  turut menjangkakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil untuk memberikan keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu ini. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.