Najib Beri Keterangan Di JSJK Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdahulu, Najib tiba di menara berkenaan jam 9.40 pagi namun tidak melalui lobi utama.

Kira-kira 30 wakil media dari pelbagai agensi berkumpul di lobi menara itu seawal jam 8.30 pagi.

Turut kelihatan beberapa anggota polis berada di lokasi selain sepasukan Unit Tempur Ringan (LSF) juga dikerahkan ke lokasi.

JSJK Bukit Aman sebelum ini dilaporkan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan kes 1MDB.

Pengarahnya Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata, pihaknya memerlukan maklumat daripada pasangan terbabit untuk membantu siasatan.

Rosmah juga dipanggil untuk dirakam keterangan dan mengenal pasti barangan dirampas. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.