Doa Najib Buat Rosmah, “Allah Maha Mendengar, Jangan Berhenti Berdoa”

SHAH ALAM – Beberapa jam selepas penangkapan Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Najib Razak memuatnaik status terkini di Facebook.

“Allah Maha Mendengar, walau sehalus mana bisikan dalam hati yang ikhlas. Jadi jangan pernah berhenti berdoa dan bergantung harap kepada-Nya,” tulisnya.

Status tersebut rata-ratanya mendapat komen positif daripada netizen yang turut sama mendoakan agar beliau sekeluarga tabah menerima ujian.

Terdahulu, anak mereka Nooryana Najwa Najib memuatnaik luahan isi hatinya di Instagram berhubung penangkapan ibunya.

“Panggilan yang ditakuti masuk pada pukul 4 pagi. Terlalu sedih untuk menangis, terlalu marah untuk menjerit. Saya baru bangun, mengambil wuduk dan berdoa tahjud untuk ibu.

“Ibu, walaupun anda tidak boleh mendengar saya, sila tahu saya baik-baik saja. Saya akan bangun dari katil dan pergi ke kelas dan Adam akan dengan sabar menunggu anda di FaceTime. Sila cuba makan dan dapatkan rehat malam ini,” tulis Nooryana.

Rosmah ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.20 petang hari ini selepas lima jam memberi keterangan.

Rosmah bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok untuk didakwa atas beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 8 Ogos lalu, beliau mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan kes itu ditetapkan untuk sebutan semula, esok. -SuaraTv 

3 thoughts on “Doa Najib Buat Rosmah, “Allah Maha Mendengar, Jangan Berhenti Berdoa”

  • October 3, 2018 at 10:07 pm
    Permalink

    kalau tk salah apa nk takut? doa tu bagus!! tapi kalau salah sendiri buat jgn salahkan org lain pula??? mesti akui terima lah bukan di aniaya?? kebenaran terbukti jua..!

    Reply
  • October 3, 2018 at 10:12 pm
    Permalink

    kena terima hakikat .. kalau tk salah nanti tahu jua..kalau salah pun akan diketahui nanti!!!! berani kerana benar. takut kerana salah!!

    Reply
  • October 3, 2018 at 10:13 pm
    Permalink

    jgn bongkak takbur tak akui salah sendiri!!! tk kemana pun!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.