Bukan Datuk Bandar KL Sekarang Yang Terima Hadiah Penyapu – Dr Khir Toyo

SHAH ALAM – Dr Mohamad Khir Toyo tampil menjelaskan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baru tidak menerima hadiah penyapu dalam peristiwa kontroversi 11 tahun lalu.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata demikian susulan kenyataan Nor Hisham yang mendakwa sebak apabila terkenang peristiwa menerima anugerah penyapu ketika berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor pada 2007.

“Anugerah itu diberi pada Disember 2007 atas prestasi hasil kutipan cukai bawah 40 peratus pada 2006 dan bersama-sama dengan saya untuk menerima ‘penyapu’ itu ialah Yang Dipertua MDHS (ketika itu) Tukiman Nail,” kata Nor Hisham semalam.

Dalam penjelasan menerusi Facebooknya hari ini, Dr Khir menjelaskan Nor Hisham tidak hadir di majlis tersebut sebaliknya individu yang menerima hadiah penyapu ketika itu ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail.

“Untuk penjelasan sebenarnya Dato Nor Hisham tidak hadir menerima hadiah penyapu tersebut. Yang hadir menerima pada ketika itu adalah YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail sahaja.

“Saya pun telah berjumpa dgn beliau (Tukiman) untuk memohon maaf atas keterlanjuran pihak saya dan kerajaan (ketika itu),” ujar Dr Khir menjelaskan peristiwa tersebut.

Sementara itu, tinjauan lanjut di ruangan komen Facebook Dr Khir, beberapa netizen secara sinis menegur Nor Hisham kerana membuat kenyataan tidak tepat.

“Laaa… yang terima Anugerah Penyapu YDP MDHS ketika itu Tuan Tukiman Nail, Yang Dato Nor Hisham nak tersebak beria ni kenapa? Datuk Bandaraya KL pun suka main politik juga ke? Memang Datuk Bandar KL ni penipu punya oranglah,” kata Zakaria Yahaya.

“Saya baca berita dia siap nangis.. ade pulak gamba lama tu diletak sekali.. rupa rupanya bukan dia yg ambil penyapu.. drama tamil betul,” ulas Azmir Iqbal Ibrahim.

“Dapat jawatan Batuk Bandar, awal awal dah membohong….! Nasib bsik Khir Toyo masih hidup, dapat kita tau kes sebenar, lepas ni jangan la berbohong dengan warga KL,” komen Hamid Yahya pula. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.